Sikit Lagi Aku Nak Kene Tipu ... Hati² Peniaga Online ..
Dah lama tak menjual di mudah.my, jadi hari ni cuba buat iklan jual barang.
Tak sampai 5 minit iklan dah ada orang WhatsApp.
Beriya-iya dia nak beli, siap offer harga lagi tinggi lagi.
Nampak sangat menipunya....
Hati-hati ya kawan-kawan yg menjual di mudah. Ini modus operandi terbaru penipu.
Antara ciri-cirinya..
1. Anda akan di hubungi dengan segera selepas iklan disiarkan. Penipu-penipu ni memang kerja dia memantau iklan-iklan di mudah setiap masa.
2. Dia akan hubungi anda menggunakan WhatsApp atau SMS menggunakan no dari luar negara. Konon-konon dia dari luar negara tak boleh jumpa untuk berurusan.
3. Dia akan offer harga yg tinggi untuk membeli. Mana ada orang nak beli barang dengan harga mahal sekarang ni? Semuanya kalau boleh nak murah. Hanya penipu je yg akan offer nak beli lagi mahal.. Sebabnya dia tahu dia takkan bayar apa-apa pun.
4. Dia akan cuba bayar guna PayPal atau bank akaun. Bila kita beri no akaun bank semua. Nanti dia akan kata.. Dia dah bayar.. Tapi payment sangkut kat pihak bank. Pihak bank perlukan bukti resit penghantaran item.
Disinilah penipuan dia bermula.. Dia akan minta kita hantarkan dulu item tersebut dan berikan dia resit penghantaran tu.
Jika kita hantar item tu.. Jawabnya... Memang sayonara, bye-bye, innalilah wa innalilah hirojiun lah barang tu...
Duit tak dapat.. Barang pun lesap.
0 comments:
Post a Comment